Posts

Buat Penyata Untung/Rugi Yang Mudah Dan Betul

Tulisan saya pada kali ini bertajuk, ‘Buat Penyata Untung/Rugi Yang Mudah Dan Betul’. 1. Definisi Penyata Untung/Rugi   Sebelum kita membuat penyata untung/rugi, mari kita fahami dulu apa itu ‘Penyata Untung/Rugi’ syarikat.  Penyata Untung/Rugi didefinisikan sebagai s alah satu penyata kewangan syarikat yang menyenaraikan jenis pendapatan, kos jualan, perbelanjaan operasi, dan keuntungan atau kerugian dalam satu tempoh tertentu. Ia juga dipanggil sebagai ‘Penyata Pendapatan’. Mengapa saya katakan ‘salah satu penyata kewangan syarikat’?. Sebab, ada tiga jenis penyata utama yang terkandung di dalam penyata kewangan syarikat, iaitu;              i. Penyata Untung/Rugi atau Penyata Pendapatan             ii . Kunci Kira-kira            iii . Penyata Aliran Tunai Berasaskan ketiga-tiga penyata ini, akan dibuat pula nota penyata kewangan dan analisis-analisisnya. Tetapi di dalam tulisan ini, saya hanya akan kongsikan cara membuat Penyata Untung/Rugi sahaja.
Recent posts